Saturday, February 26, 2011

Dark Coklat


Koko yang terdapat di dalam coklat gelap merupakan antioksidan yang kuat. Kajian perubatan mendapati pengambilan sedikit coklat gelap yang bermutu tinggi boleh memberi kesan positif ke atas tekanan darah dan tahap kolesterol, seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menurut seorang pakar penyelidik dari universiti di Jerman, coklat gelap dapat membantu menurunkan tekanan darah. Walaupun begitu, penyelidik tersebut turut menekankan bahawa penurunan tekanan darah juga boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.

Kandungan unik coklat gelap boleh merangsang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi,  tidur, memori dan mengurangkan stress. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera makan.


Coklat gelap merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini membantu menyingkirkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penykit-penyakit lain.  Kajian mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang diperolehi daripada coklat ke dalam tubuh. Oleh itu ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment